Saturday, May 2, 2009

AKIDAH AHLUSSUNNAH SEBENAR

Kemunculan fahaman akidah yang pelbagai sejak akhir-akhir ini dari pelabagai tokoh-tokoh tertentu dengan ditambah lagi dengan buku-buku mereka yang bertebaran luas dipasaran dan disimpan di pustaka-pustaka pusat pengajian tinggi telah mengelirukan masyarakat, oleh itu adalah menjadi kewajipan untuk mempertahan kesucian agama ini dari dipesongkan oleh anasir-anasir yang jahat dan tidak faham dengan iktikad sebenar Ahlussunnah.

Ketahuilah wahai umat Islam sekalian bahawa Ahlussunnah yang sebenar adalah mereka yang berpegang teguh dengan Manhaj al-Assyaairah dan al-Maturidiah.

Imam Faqih al-Murtaza az-Zabidi berkata dalam kitabnya 'Ithaf Saadatul Muttaqin Syarah Ihya' Ulumuddin' :

"Apabila disebut Ahlussunnah Wal Jamaah yang dikehendaki di situ ialah pengikut mazhab (mazhab yang dimaksudkan disini ialah mazhab Akidah) Imam Abu Hassan al-Assyaari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi"

Maka kita faham disini ialah mereka yang berada dilandasan Ahlussunnah ialah daripada pengikut Imam Abu Hassan al-Asyaari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi kerana kedua-dua Imam tersebut telah bertalaqi (menadah) ilmu akidah mereka daripada Imam mazhab empat, Imam Abu Hassan telah mengambil ilmunya daripada dua mazhab iaitu Maliki dan Syafie, manakala Imam Abu Mansur al-Maturidi pula telah mengambil ilmunya mazhab yang lain iaitu mazhab Imam Abu Hanifah. Imam Abu Hanifah mempunyai kitab-kitab yang akidah yang masyhur antaranya ialah kitab 'Fekhul Akbar', 'Fekhul Absat', 'Al-Aalim Wal Mutaallim' dan kitab 'Al-wasiyyah'.

Kedua-dua Imam besar ini dan ulama yang datang selepas mereka telah menulis buku-buku untuk menolak dan mematikan fahaman golongan-golongan yang bid'ah dan sesat dengan menggunakan hujah yang kuat daripada al-Quran, sunnah dan juga akal. Imam Abu Hassan wafat pada tahun 324 hijrah manakala Imam Abu Mansur pula wafat pada tahun 333 hijrah iaitu selepas kewafatan Imam Abu Hassan dengan jarak yang hampir.

Ahlussunnah Wal Jamaah akhirnya dikenal dengan nama al-Asy’ariyyun (para pengikut imam Abu al-Hasan Asy’ari) dan al-Maturidiyyun (para pengikut imam Abu Mansur al-Maturidi). Sebenarnya jalan yang ditempuh oleh Imam Abu Hasam Assyaari dan Imam Abu Mansur a-Maturidi dalam asas akidah adalah sama dan satu.

Dengan itulah apabila ulama menyebut Mazhab Ahlussunnah Wal Jamaah yang dimaksudkan oleh mereka ialah mazhab Imam Abu Hassan al-Asyaari dan mazhab Imam Abu Mansur al-Maturidi kerana mereka berdualah yang telah membawa Akidah yang sebenar seperti mana yang dibawa oleh sahabat Rasullullah, tabien dan golongan salaf. Golongan salaf yang dimaksudkan disini ialah mereka yang hidup pada 3 kurun pertama selepas kewafatan nabi Sallallah Hualaihissalam seperti mana yang di tafsirkan oleh Ibnu Asakir.

Syaikh al-Fakih al-Usuli al-Zarkashi berkata dalam kitabnya Tashniful Masami' mafhumnya:

“Imam Abu Bakar al-Ismaili berkata: Allah telah mengembalikan agama ini selepas pemergian beberapa ulama dengan Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Abu Hassan Assyaari dan Abu Nuaim al-Istirabaazi, Abu Ishak al-Marwazi berkata : aku mendengar al-Mahamali berkata mengenai Abu Hassan Assyaari : sekiranya Allah mendatangkan dosa yang banyak, aku memohon kepada Allah supaya diampunkan dosanya kerana dia telah mempertahankan agamanya, manakala Ibnu Arabi pula berkata : pada satu ketika dulu golongan Muktazilah telah mengangkat kepala mereka sehinggalah Allah menzahirkan Imam Abu Hassan Assyaari dan menjatuhkan mereka serta menyempitkan kumpulan mereka".

Begitu juga yang di katakan kepada Imam Abu Mansur al-Maturidi kerana dia juga bangun menegakkan akidah golongan 'Salaf ' dengan hujah-hujah Naqliyyah (al-Quran dan Sunnah) dan juga hujah Aqliyyah (akal).

Mereka berdua telah membawa akidah salaf yang mana Akidah yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu dan tidak menyamakan Allah dengan makhluk yang diciptanya inilah Akidah Ahlussunnah yang dibina berdasarkan kepada ayat al-Quran surah As-Syura ayat yang ke 11:

ليس كمثله شئ وهو السميع البصير
Maksudnya: “Dia tidak menyerupai sesuatu pun dan Dia maha mendengar lagi maha melihat”.

Dan inilah Akidah Salafussoleh yang diambil oleh ulama khalafussoleh (ulama yang datang selepas golongan salafussoleh), dan inilah jalan yang di bawa oleh dua Imam tersebut untuk menegakkan Akidah yang sebenar, maka Akidah yang sebenar ialah Akidah dari mazhab Imam Abu Hasan Assyaari dan daripada Abu Mansur al-Maturidi yang mana mazhab ini telah diikuti oleh seluruh pelusuk umat islam di muka bumi ini atau yang pernah disebut oleh nabi dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abi Umamah sebagai Sawadul a'zom.

Oleh itu, sangat banyak ulama yang menulis kitab-kitab khusus mengenai penjelasan akidah Ahlussunnah Wal Jama’ah ini. Seperti Risalah al-Akidah ath- Thahawiyyah karya al-Imam Abu Ja’far ath-Thahawi [W.321H], kitab al-Akidah an-Nasafiyyah karangan al Imam ‘Umar an-Nasafi [W.537H], al-Akidah al-Mursyidah karangan al-Imam Fakhr ad-Din ibn ‘Asakir [W.630H], al-Akidah as-Solahiyyah yang ditulis oleh al-Imam Muhammad ibn Hibatillah al-Makki [W.599H], beliau menamakannya Hadaiq al-Fusul wa Jawahir al Uqul, Kemudian menghadiahkan karyanya ini kepada Sultan Solahuddin al-Ayyubi [W.589H]. Tentang risalah aqidah yang terakhir disebutkan, Sultan Solahuddin sangat tertarik dengannya hingga beliau memerintahkan untuk diajarkan sampai kepada anak-anak kecil di madrasah-madrasah, yang akhirnya risalah aqidah tersebut dikenali dengan nama al-Akidah as-Solahiyyah. Sultan Solahuddin adalah seorang alim yang bermazhab Imam Syafiie, mempunyai perhatian khusus dalam menyebarkan Aqidah as-Sunniyyah. Beliau memerintahkan para muadzdzin (tukang azan) untuk mengumandangkan Akidah as-Sunniyyah di waktu tasbih (sebelum azan shubuh) pada setiap malam di semua negara jajahannya seperti di Mesir, seluruh negara Syam (sekarang Syam terdiri dari negara Syiria, Jordan, Palestin dan Lubnan), Mekah, Madinah, dan Yaman sebagaimana dikemukakan oleh al Hafiz as-Suyuthi [W.911H] dalam al Wasa-il ila Musamarah al Awa-il dan lainnya.

Begitulah serba ringkas yang dapat dijelaskan disini mengenai akidah yang sebenar iaitu akidah Ahlussunnah semoga penerangan yang ringkas ini dapat menjelaskan dan menerangkan kekaburan yang ada serta menjadi pedoman kepada kita semua untuk mempertahankan Akidah Ahlussunnah sepertimana yang dipertahankan oleh ulama-ulama terdahulu.

5 comments:

Ahmad Humaizi Bin Din Mustafaha May 6, 2009 at 11:57 AM  

Saya ingin memberi tahu saudara bahawa, di dalam bahagian nasihat ulama seperti yang saudara nukilkan ini -> Diriwayatkan dari Ibnu Sirin dalam Muqaddimah Sohih Imam Muslim Nabi bersabda mafhumnya: "Sesungguhnya ini adalah ilmu agama maka perlulah kamu lihat daripada siapakah kamu mengambil ilmu agama kamu itu"

Perkataan tersebut mmg disebut dlm mukadimah kitab sahih muslim, tetapi ianya bukanlah perkataan nabi saw. semoga saudara dpt membetulkan kesilapan tersebut. wallahua;lam.

DAKWAH YEOP June 21, 2009 at 8:13 PM  

kenapa akidah ahli sunnah mesti ada 2? asyaeirah dan mathuridiyyah? bukankah sepatutnya satu sahaja? kemudian kenapa mereka tidak namakan sebagai ahli sunnah akan tetapi dinamakan asyaerah dan mathuridiyyah? bukankah ini sudah bertentangan?

harap2 tuan blog bukanlah dikalangan pengikut al-ahbash yang sesat dan menyesatkan yg taksub kpd satu guru sahaja lagi pulak mendapat tentangan ulama2 besar yg terkenal..

jika Tuan Blog mahukan kebenaran sila pamerkan tulisan ini dan tolong beri jawapan,,,tq

Sambal June 21, 2009 at 8:26 PM  

saya setuju dgn pertanyaan dakwah yeop..saya juga berkira2 bahawa akidah ahbash ini sangat terpesong daripada ahli sunnah wal jama'ah...semoga pemilik blog ini tidak terpengaruh dgn kesesatan mereka..

Sunni Salafi June 23, 2009 at 10:58 PM  

Yoep boleh buka kitab ithap sadatul muttaqin lihat apa yang dikatakan oleh tuan kitab Imam al-Murtadha az-Zabidi pabila disebut ahlussunnah maka mereka ialah pengikut Imam Abu Hasan dan Abu Mansur al Maturidi.

Aliran dan Manhaj mereka adalah manhaj ahlussunnah sehingga dinasabkan kepada mereka.

Wahabi seperti yoep dan sambal patut bertaubat daripada akidah firaun dan yahudi yang beriktikad Allah duduk atas arash. Maha suci Allah bertempat dari sesuatu sudut dan tempat.

saff one ishaq January 11, 2010 at 11:54 PM  

assalamualaikum..syeikh.. ana ada sedikit kemusykilan.. kitab yang diajar sewaktu zaman Sultan Salahuddin al-ayubi adalah kitab AQIDAH MURSHIDAH, manakala kitab yang diajar sewaktu zaman Sultan Muhammad Al-Fateh adalah kitab AQIDAH SOLAHIYYAH.. ni lah tok guru ana bagi tau..

About This Blog

About This Blog

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP